Guru Sekolah Pondok Ajak Umat Islam sokong BN dalam PRU13.
Penasihat Persatuan Minda Pondok berpengkalan di Kelantan, Tok Guru Abdullah al-Najmi Saamah menyatakan dengan sebulat suara yang UMNO dan BN merupakan parti yang meletakakan Islam sebagai agama rasmi dan menghormati prinsip kebebasan beragama, sekaligus meletakkan Melayu pada tingkat teratas berikutan sifat Melayu dan Islam tidak boleh dipisahkan.
Beliau turut memuji kepimpinan MCA,MIC dan parti komponen BN yang lain kerana menerima konsep yang telah diamalkan di Malaysia sepanjang pemerintahan UMNO dan BN kerana ini membuktikan mereka MCA,MIC dan parti komponen lain menerima konsep Raja Melayu dan Islam sebagai agama rasmi berbanding Pembangkang yang memperjuangkan konsep pluralisme atau kesamarataan yang meletakkan Islam dan Melayu pada landasan sama dengan kedudukan agama dan bangsa lain.
TAHALUL BN
Tahalul (kerjasama) UMNO dengan orang bukan Islam menepati kitab tafsir seperti Imam Bardawi, Al-Syarkawi dan al-Qutubi. Menurut Tok Guru Haji Lah, Tahalul UMNO dengan parti lain menepati nisbah Imam Syafie, maka tahalul itu hukumnya diharuskan atau dibolehkan.
Perbandingan Tahalul BN dengan Tahalul Pembangkang.
Tahalul BN sah dari segi syariat sedangkan tahalul pembangkang tidak dibolehkan kerana semuanya sama rata. Contohnya DAP paling banyak kerusi, DAP yang akan menjadi pemimpin atau ketua negara.(Tok Guru Haji Lah).
Kemana Melayu dan Islam jika Tahalul Pembangkang dilaksanakan?
Kejahatan parti pakatan rakyat sudah terserlah setelah kita meneliti konsep kesamarataan yang cuba dilaksanakan oleh parti-parti perosak/pembangkang yang bertujuan meletakkan taraf Bangsa Melayu dan Agama Islam setaraf dengan Bangsa dan Agama lain di Malaysia. Ini ibarat sebuah negara republik atau komunis yang tidak mempercayai Kedaulatan Raja-raja Melayu yang sekian lama telah wujud di Bumi tercinta Malaysia.
No comments:
Post a Comment